InfaqPay memudahkan pengurusan pembayaran dengan kos yang kompetitif, sistematik, dan patuh syariah.
Profil
InfaqPay ialah platform pembayaran Direct Debit dan FPX yang membantu organisasi mengurus kutipan secara sistematik, efisien dan kos efektif untuk semua peringkat.
Kami juga merupakan ejen perkhidmatan pembayaran untuk Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).
Menjadi rakan strategik dalam menyediakan sistem pengurusan kewangan yang sistematik di Malaysia.
Menjadi platform auto-debit pilihan rakyat Malaysia yang dipercayai dan mudah digunakan oleh semua lapisan masyarakat.
Objektif Kami
Tiga teras utama yang memacu hala tuju serta pertumbuhan InfaqPay.
Menjadi rakan strategik kepada Badan Bukan Kerajaan, Institusi Keagamaan, dan Pendidikan untuk menguruskan sumbangan secara lebih efektif dan telus.
Membangunkan platform yang mesra pengguna, mudah disediakan, dan boleh diakses oleh sesiapa sahaja tanpa keperluan teknikal yang kompleks.
Menggalakkan dan memperkukuhkan hubungan baik antara pelanggan kami dengan penyumbang melalui komunikasi yang telus.
Kami komited untuk memperluas akses kepada teknologi kewangan yang inklusif dan mudah digunakan oleh semua.
Integrasi terus dengan FPX untuk akses ke pelbagai bank di Malaysia













