YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (YADIM)

Aras 4, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya,
No 3, Jalan Tun Abduk Razak, 62100 Presint 3, Putrajaya.

03 8870 3870 [email protected]

Program Wakaf Buku merupakan usaha memperluas dakwah melalui buku yang diterbitkan oleh YADIM sendiri serta saham akhirat yang berterusan mengalir kepada semua pewakaf. Buku ini akan diagihkan kepada yang dapat memanfaatkan dan memerlukan seperti di madrasah dan pusat tahfiz seluruh Malaysia. Harapan YADIM adalah supaya program ini dapat membantu lebih ramai ilmuwan dalam warga muslim & bukan muslim, guru & pelajar tahfiz serta masyarakat umum mendalami pengajian Islam. Di samping itu, dapat melahirkan ummah yang minat membaca dan berilmu.

Al-Rahiq Al-Makhtum: Sirah Nabawiyyah diibaratkan sebagai biografi Nabi Muhammad SAW yang komprehensif. Naskah ini memaparkan kisah perjalanan hidup Rasul terakhir utusan Allah SWT serta tanggungjawab Baginda dalam menyampaikan dakwah islamiah di muka bumi ini. Perjuangan Baginda penuh berliku di samping perjalanan hidup Baginda yang penuh dengan suka duka, kepayahan serta keperitan yang mungkin tidak tertanggung oleh manusia lain. Namun, ajaran tauhid dan akidah yang Baginda sampaikan telah mencapai kejayaan yang gemilang seperti mana kehendak Allah SWT.

“Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (KurniaNya) lagi Maha Mengetahui.”  (Surah Al-Baqarah: Ayat 261)

Harga buku Al Rahiq Al Maktum Sirah Nabawiyyah adalah berjumlah RM 65 senaskhah.

Harga untuk setiap lot wakaf adalah berjumlah RM 100.

Bagi pembayaran wakaf, penderma boleh mengisi maklumat yang tertera di bawah.

Untuk pembelian buku, boleh layari laman web:

https://buku.yadim.com.my/product/sirah-nabawiyyah/

RM 5,120.00 of RM 50,000.00 is collected.
10%
RM